Tuan guru Abdullah Sa'amah atau nama sebenarnya ialah Tn Guru Hj Abdullah Najmi bin Saamah , lebih dikenali Tok Ayah Lah Geting.Beliau adalah Tokoh Ulama yang alim dibidang kitab Thurath.Beliau
merupakan ulamak Assunnah wal Jamaah yg sangat lantang dalam menyampaikan ilmunya.Wahai pembaca sekalian, ulamak ialah pewaris nabi. Siapa yang menentang dan mencaci pewaris nabi maka dia juga menentang nabi.Siapa yang menentang nabi maka dia menentang Allah.Dan siapakah yang menentang Allah ni wahai pembaca kalau bukan golongan kafirun.
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi”
[ Sunan Ibn Majah, Tirmizi dan Musnad Imam Ahmad ]
Menurut laporan Utusan Online bertarikh 17 Ogos, pengasas Pondok Geting, Tok Ayah Lah menerima sumbangan RM2 juta dari Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.Beliau dikecam hebat oleh golongan yang jahil dek kerana ceteknya ilmu dan membiarkan nafsu melawan iman. Malah,beliau juga dipulaukan dek kerana mengeluarkan kenyataan tentang pengharaman Umat Islam mengundi DAP. Wahai pembaca sekalian, DAP ialah parti non-Muslim,jadi mengapakah kita harus bersengkonkol dengan mereka.Mereka sudah jelas menentang kerajaan kita yang dipimpin oleh Barisan Melayu yang Islam.Sekiranya mereka sudah berani menentang pihak yg lagi berkuasa dalam negara,maka sudah pasti mereka akan berani untuk menentang kita di masa hadapan.Sedarkah pembaca akan hal ini?
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (A-li'Imraan 3:118)
Ayat diatas sudah jelas maksudnya.Ia adalah amaran dari Allah S.W.T.Maka kita persoalkan pula,'habis UMNO tu bersekongkol dengan MCA dan MIC tu??' Pembaca sekalian,memang benar, tapi sekurang-kurangnya pucuk kepimpinan kita adalah ISLAM bukan?Maka itu sudah cukup untuk kita.Cuba bayangkan kalau jawatan ini dirampas oleh non-Muslim,maka kita akan kerugian. Jadi,ayuhlah kita kekalkan kedaulatan negara bersama.
Ana mendapat suatu maklumat yang harus ana sampaikan di sini. Oleh kerana Tok Ayah Lah terlalu menentang PAS,maka pucuk dan barisan kepimpinan parti itu berusaha menentangnya dengan memulaukan dan menghasut orang ramai untuk tidak menuntut ilmu dengan beliau lagi.Auzubillah..Mengapa sampai begitu sekali..Tahukah saudara bahawa hukum menghalang orang lain menuntut ilmu Fardhu Ain adalah haram??Jadi bagaimana golongan yang dikatakan 'ulamak' ini tergamak melakukannya.Akhirnya,Syaitan yang menang!!Tiada lagi orang ingin menuntut ilmu akhirat dengan beliau.Jadi Tok Ayah Lah terpaksa meminta pertolongan UMNO supaya beliau boleh terus menyampaikan ilmunya kepada masyarakat yang jahil ini.Usaha gigih beliau ini harus dipuji kerana sanggup mengorbankan maruah diri demi menyelamatkan aqidah muslim!!Sekurang-kurangnya UMNO sanggup membantu beliau berbanding dengan kerajaan negeri sendiri yang memulaukan dirinya.Sekurang-kurangnya,sumbangan yg diberikan boleh membantu menaiktaraf pondok pengajiannya yang lansung tak pernah dibantu oleh kerajaan negeri.Kata jer parti Islam,tp langsung tak pedulikan golongan sekolah pondok.
Ana tahu ramai yang tak setuju dengan ana,tapi sedarlah saudaraku sekalian,sampai bila kita harus bermusuhan dek perbezaan fahaman politik ini??Anda terlalu taksub hingga lupa apa yang lagi penting,iaitu, Islam kah aku sebenarnya?Apakah ciri-ciri muslim sejati sebenarnya?Adakah aku dalam Aqidah yang Benar?Sekiranya anda berjaya menjawabnya,maka anda akan bersetuju dengan pendapat ana di atas.


Di antara komponen besar BN termasuklah parti MCA, gerakan dan MIC. Semuanya bukan sahaja menolak tetapi menetang perlaksanaan hukum mengikut syariat Islam.
ReplyDelete